There was an error in this gadget

Saturday, March 26, 2011

RESPON KEPADA PENDAPAT RAKAN-RAKAN

26/03/2011,Kapit : Alhamdulillah, terdapat rakan-rakan yang memberi cadangan mengenai entry untuk blog ini. Kebanyakannya menjurus kepada cadangan agar menulis berkaitan dengan aspek kehidupan, motivasi dan seumpamanya. Walaupun sudut itu menjadi kegemaran saya dan pernah menulis/menerbitkan buku mengenainya, namun buat masa ini saya tidak bercadang untuk menulis tema sebegitu di dalam blog ini. Insya Allah, saya percaya mungkin di lain masa akan turut dititipkan di sini.

Ketika ini, saya tidak menulis selain tema pendidikan kerana bimbang akan tergelincir dan terbabas daripada idea asal penghasilan blog ini. Saya hanya ingin memberikan pendapat khusus berkaitan dengan pendidikan dan bukan yang bersifat peribadi. Walaubagaimanapun, saya tidak menolak cadangan rakan-rakan pembaca semua begitu sahaja. Cuma mungkin pada masa akan datang khususnya jika saya ditakdirkan berpindah daripada kawasan pedalaman ini.
Terima kasih di atas cadangan semua.

2 comments:

  1. Salam Ziarah CIkgu,

    1st time sampai ke sni..

    InsyaALLAH akan datang membaca selalu pengalaman cikgu2 di pedalaman sana :D

    ReplyDelete
  2. Wsalam...Alhamdulillah..terima kasih sebab add as members dlm blog ni. Dalam buku saya insyaallah menceritakan banyak topik berkaitan pedalaman.

    ReplyDelete