Thursday, January 7, 2010

JOM BELI


Tajuk : Jom Ke Pedalaman
Pengarang : Mohd Zaim Jaafar
Penerbit : MZJ Consultancy Sdn Bhd
ISBN : 978-983-44406-0-2
Mukasurat : 286 Halaman


Klimaks bagi setiap orang guru pelatih setelah tamat belajar adalah keputusan posting masing-masing. Keputusan tersebut jauh lebih mendebarkan berbanding keputusan peperiksaan kerana ia melibatkan masa depan di mana keseluruhan sisa usia akan dihabiskan. Jika berjaya mendapat kawasan atau negeri pilihan, maka berbahagialah guru tersebut. Namun bagaimana pula jika berlaku sebaiknya ?

Walaupun tiada kajian khusus dijalankan berkaitan penempatan pilihan guru pelatih, penulis yakin bahawa kurang daripada 50 peratus guru-guru yang berjaya mendapat negeri pilihan mereka saban tahun. Justeru persediaan terhadap andaian ini harus ditekankan agar fizikal dan mental bakal guru tidak mengalami kejutan khususnya jika ditempatkan di kawasan pedalaman. Sebuah stesen bertugas yang digeruni ramai.

Jom Ke Pedalaman merupakan coretan pengalaman penulis, rakan-rakan dan beberapa sumber berkaitan yang dipersembahkan secara santai untuk memenuhi persediaan bakal guru. Buku ini juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat agar dapat mengetahui senario kehidupan pendidik yang bertugas nun jauh di kawasan hulu.





Mohd Zaim Bin Jaafar lahir dalam sebuah keluarga pendidik. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi dan Ijazah Sarjana Sains, Universiti Sains Malaysia serta Diploma Pendidikan,Institut Perguruan Darul Aman.

Sumber:
http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/1858/166/guru-&-pendidikan/cerita-&-motivasi-guru/mzj-jom-ke-pedalaman.html

No comments:

Post a Comment