Friday, December 3, 2010

MEMBERI MAKNA KEPADA CUTI SEKOLAH

02/012/2010, Perak : Assalamualaikum...Selamat bercuti kepada semua khususnya warga pendidik dan murid-murid semua. Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai pengamatan saya berhubung penggunaan cuti sekolah oleh warga pendidik dan murid. Bagi warga pendidik, saya dapati :
1- Guru yang berkeluarga hampir pasti menggunakan masa yang ada untuk membawa anak-anak dan suami/isteri balik ke kampung halaman sama ada kampung sendiri atau sebelah mertua
2 - Sebahagian yang lain, masih lagi bertugas sama ada menjaga peperiksaan spm atau stpm.
3 - Terdapat yang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, mungkin terdapat kuliah semasa cuti
4 - Ada yang menguruskan bisnes sendiri dan bekerja sambilan
5 - Yang msih bujang, biasanya akan mencari kembali geng-geng lama di universiti atau ipg dulu, atau berkumpul dengan cikgu sekolah yang hampir dengan kampungnya untuk merancang percutian bersama.
6 - Jika ada yang perpindahannya berjaya, cuti ini digunakan sepenuhnya untuk survey sekolah baru, rumah sewa baru, persediaan berpindah, merancang kos perpindahan, pembelian barangan untuk rumah sewa kelak.
Bagi murid-murid pula :
1 - Hanya mengikut ke mana ibu bapa mereka bawa ketika cuti sekolah
2 - Sekiranya tidak dibawa ke kampung ibu bapa mereka, maka masa yang ada akan dihabiskan dengan duduk di rumah sambil melayan internet dan sekali sekala turun town bersama rakan-rakan.
3 - Terdapat yang mengikuti program luar seperti kem motivasi, kem ibadah, kelas tuisyen dan seumpamanya.
4 - Sebahagian yang lain pula khususnya yang sekolah menengah mengambil peluang untuk bekerja sambilan atau membantu ibu bapa mereka yang mempunyai bisnes sendiri.
Terlalu sukar untuk menjumpai daripada kalangan pendidik atau murid yang membuat sesuatu yang luar daripada kebiasaan ini. Mengapa ? Adakah kerana tidak kreatif atau mengikut arus semasa kebiasaan ?
Belum pernah lagi saya menjumpai warga pendidik (walaupun ada) yang menggunakan kesempatan cuti ini untuk bertungkus lumus mengumpul dan meningkatkan merit diri demi mencapai status guru cemerlang. Belum juga saya menemui warga pendidik yang bekerja keras merancang sesuatu yang bermakna untuk sekolahnya untuk sesi akan datang kelak (walaupun ada).
Bagaimana dengan anda ?

No comments:

Post a Comment