Dulu suaramu didengar pemimpin,
Kini muridmu sendiri meluat mendengarnya,
Dulu kata-katamu menggegarkan negara,
Kini kata-katamu umpama dengungan lalat,
Dulu bahasamu berkisar isu bangsa, agama dan negara,
Kini lisanmu berzikir hiburan, perpindahan, gaji dan cuti,
Dulu minatmu menjurus kepada membela anak bangsa,
Kini kamu lebih cenderung membela perut dan keluargamu,
Dulu perlakuanmu menjadi penanda aras akhlak mulia,
Kini tabiatmu lebih keji dari haiwan,
Dulu kamu menjadi rujukan sesiapapun,
Kini kamu yang terpaksa merujuk lantaran kebebalanmu,
Masih adakah pendidik di bumi ini ?
Masih wujudkah insan yang layak digelar pendidik di tanah ini ?
Aku malu menjadi pendidik dalam dunia begini,
Bukan mahu mendabik dada aku pendidik mulia,
Namun aku sunyi belum ketemu pendidik sejati,
Yang mampu membimbing diriku.
No comments:
Post a Comment