Saturday, January 23, 2010
ILMU..
Mengapa begitu degil,
Mengapa begitu sukar…
Engkau dilahirkan bodoh,
Atau engkau memilih menjadi bodoh…
Terlalu lama mencari,
Sebenarnya baru sesaat kau berusaha,
Ilmu tidak datang begitu sahaja…
Peluang diberi engkau lari,
Ilmu mencari kau bersembunyi,
Bila otak tidak berfungsi,
Engkau salahkan Ilahi…
Ilmu….
Engkau umpama cahaya,
Mengapa masih ramai yang tidak melihat,
Betapa terangnya engkau,
Adakah mereka buta…
Semua mahukan manfaat darimu,
Tapi berapa ramai yang pergi kepadamu,
Ibarat sebiji durian,
Buahnya mahu durinya tidak….
Friday, January 22, 2010
Wednesday, January 20, 2010
SESUATU.... TENTANG PEDALAMAN
melihat gambar-gambar ini ye..
Mungkin ada yang akan berkata :
"Kesiannya anak-anak di sana, terpaksa bersekolah
dikawasan pedalaman ni"
"Eh macamana kalau aku terpaksa di hantar ke sana?"
"emm... amannya di sana"
"Tiada masalah kesesakan jalanraya macam kat K.L ni"
"Udara segar... jimat duit ... tak perlu selalu ke klinik atau hospital"
Tidak kisahlah apa pun jawapan kita..
Tapi sedarkah kita bahawa di sini terlalu ramai anak-anak yang memerlukan pendidikan terbaik seperti dibandar-bandar...
Bukankah tanggungjawab guru itu mendidik, berkongsi ilmu...
Lupakah kita?
Renungkan kembali di mana kita..
Perbetulkan niat...
Pasti berkat...
Monday, January 11, 2010
TEMUI PRODUK KAMI
Kerajaan sentiasa memberikan tumpuan kepada komuniti sekolah pedalaman diseluruh negara. Perhatian ini turut dikongsi bersama oleh golongan profesional, aktivis dan individu yang sentiasa ingin mendapatkan maklumat mengenainya untuk pelbagai tujuan seperti kajian ilmiah dan komersial.
Walau bagaimanapun faktor jarak, kos, keselamatan dan rintangan untuk menjejaki komuniti dan kawasan tersebut sentiasa menjadi penghalang. Justeru, kami menawarkan perkhidmatan untuk membantu anda merealisasikan projek atau program anda (terhad kepada hasil perbincangan yang dipersetujui).
Jenis Perkhidmatan :
1. Menjalinkan usaha sama dengan pihak yang berminat untuk membuat kajian ilmiah berkaitan pendidikan dikawasan pedalaman seperti membuat jurnal, mengutip data, foto dan sebagainya.
Sasaran :
• Pensyarah universiti dan IPG
• Pelajar pasca ijazah
• Individu persendirian
• NGO / kerajaan
Kawasan Kajian : Bahagian Kapit, Sarawak.
(Akan diperluaskan pada masa hadapan)
Kadar Bayaran : Tetap
• Yuran profesional
Berdasarkan Rundingan :
• Pengangkutan
• Insuran / keselamatan
• Upah pemandu
• Data
• Foto
• Artikel
• Tempoh
• Pos / Kurier
Bagaimana ?
1. Kirimkan kepada kami kertas kerja kajian anda
2. Pihak syarikat akan meneliti dan menghubungi anda untuk perbincangan lanjut
3. Muktamadkan kerjasama
Hubungi kami melalui emel : mzj.cons@gmail.com
Saban tahun terdapat berpuluh, malah beratus guru yang bertukar ke sekolah pedalaman, dipindahkan atau yang baru pertama kali ditempatkan disana. Dalam usaha kerajaan memantapkan proses pendidikan di pedalaman, gambaran kehidupan pendidik di kawasan hulu ini masih samar dan kurang diberi penekanan kepada bakal guru.
Anda ingin mengetahui mengenai situasi sekolah pedalaman? Kami sedia berkongsi pengalaman peribadi bersama anda. Justeru, dengarlah sesuatu yang tidak pernah diajar diuniversiti dan IPG. Sesuatu yang banyak pihak sembunyikan.
Hubungi kami melalui emel : mzj.cons@gmail.com
Planet pembangunan diri yang paling hampir dengan anda!!!
Sertai kami :
MZJ CONSULTANCY SDN. BHD (841502-W)
“Planet pembangunan diri yang paling hampir dengan anda”
PENGENALAN
MZJ Consultancy Sdn. Bhd. Telah diperbadankan di Malaysia dibawah Akta Syarikat 1965 pada dan mulai dari 15 Disember 2008 sebagai sebuah syarikat berhad menurut syer dan syarikat ini adalah sebuah syarikat persendirian. Modal saham yang dibenarkan ialah RM100,000 atau bersamaan dengan RM 1 bagi seunit saham.
Kegiatan utama MZJ Consultancy Sdn.Bhd adalah sebagai sebuah syarikat yang memberikan perkhidmatan konsultan atau perunding untuk program motivasi, pendidikan dan dakwah. Selain itu, syarikat juga merupakan penerbit bahan bacaan dan menjalankan aktiviti general trading seperti cenderamata, bahan bacaan, kelengkapan komputer secara luar dan dalam talian dan lain-lain.
VISI DAN MISI
Sebagai sebuah entiti baru dalam dunia bisnes sosial, kami komited untuk memberi perkhidmatan terbaik dalam mendidik dan melahirkan masyarakat Malaysia yang berwawasan tinggi. Melalui produk dan perkhidmatan terbaik, kami berazam menjadi peneraju unggul dalam dunia pembangunan modal insan di Malaysia berdasarkan misi berikut :
· Melahirkan 100 pakar dalam bidang motivasi, pendidikan dan dakwah menjelang tahun 2020
· Mencipta 100 peluang meningkatkan pencapaian ekonomi umat Islam menjelang tahun 2020
Atas kesedaran bahawa terdapat ramai golongan kelas pertengahan yang berilmu tinggi dan berbakat besar, syarikat ini menyediakan platform kepada individu yang berminat untuk menjadi perunding sambilan atau perunding tetap kami mengikut bidang dan kriteria berikut :
1- Bidang Pendidikan
2- Bidang Motivasi
3- Bidang Dakwah
Syarat-syarat Permohonan :
1- Mempunyai kelayakan asas ijazah sarjana muda dalam sebarang bidang.
2- Mempunyai bakat dan pengalaman mengendalikan ceramah dan program samaada secara formal atau tidak dalam bidang yang dipohon.
3- Mempunyai kelapangan masa yang fleksibel bagi mereka yang ingin menjadi perunding sambilan sahaja.
4- Berperwatakan menarik, berdisiplin tinggi, berdikari dan energetik.
*Pelajar semester akhir dipusat pengajian tinggi juga digalakkan memohon
BERMINAT MENJADI PENULIS ?
malu !!!!…tak tahu !!!!....tak pandai !!!!....Itu alasan lama.
Kirimkan manuskrip anda jika sudah ada atau kertas cadangan jika masih belum membuat keputusan.
Kami akan membantu anda.
Sunday, January 10, 2010
WAHAI PENDIDIK
Dulu suaramu didengar pemimpin,
Kini muridmu sendiri meluat mendengarnya,
Dulu kata-katamu menggegarkan negara,
Kini kata-katamu umpama dengungan lalat,
Dulu bahasamu berkisar isu bangsa, agama dan negara,
Kini lisanmu berzikir hiburan, perpindahan, gaji dan cuti,
Dulu minatmu menjurus kepada membela anak bangsa,
Kini kamu lebih cenderung membela perut dan keluargamu,
Dulu perlakuanmu menjadi penanda aras akhlak mulia,
Kini tabiatmu lebih keji dari haiwan,
Dulu kamu menjadi rujukan sesiapapun,
Kini kamu yang terpaksa merujuk lantaran kebebalanmu,
Masih adakah pendidik di bumi ini ?
Masih wujudkah insan yang layak digelar pendidik di tanah ini ?
Aku malu menjadi pendidik dalam dunia begini,
Bukan mahu mendabik dada aku pendidik mulia,
Namun aku sunyi belum ketemu pendidik sejati,
Yang mampu membimbing diriku.